Berikut adalah lokasi melihat #sunset di sekitar Manjung.
Harap anda menyukainya.
Pantai Teluk Batik
Pantai paling terkenal di Manjung dan Perak. Tumpuan dari pagi ke malam. Ada campervan site jika ingin bermalam.
Jambatan Permaisuri Bainun
Lokasi kegemaran kaki pancing.
Pantai Teluk Senangin.
Menarik disini ada perkampungan nelayan dan chalet di tepi laut. Pantai awam terpanjang di Manjung yang boleh mandi manda dan camping.
Pantai Pasir Panjang Segari.
Disini anda juga boleh melawat Pusat Konsevasi Penyu. Pantai terpanjang di Manjung. Pantai ini dinasihatkan tidak mandi. Ramai yang datang memancing.
Jeti Kampung Baharu
Selain pemandangan, suasana malam juga sangat meriah. Ada warung makan di tepi sungai.
Pantai Teluk Nipah
Pantai tumpuan di Pulau Pangkor. Chalet banyak dan mudah untuk makan siang dan malam. Semasa air surut, anda boleh berjalan ke pulau di seberang tetapi dinasihat supaya memakai life jacket.
Telaga Nenas
Disini ada masjid terapung, mee udang selambak, chalet dan jeti nelayan.
Pantai Pengkalan Baharu, Pantai Remis
Pantai ini juga menarik juga untuk bergambar. Banyak cengkerang di pantai. Untuk kesini melalui jalan sebelah Masjid Al-Nawawi Pantai Remis.
J Fishing Marina Island
Port memancing yang mengadap Pulau Pangkor.
Tua Pek Kong Temple. Pasir Panjang Laut.
Kawasan parkir yang luas dan disini ada taman hutan paya bakau.
Lumut Waterfront Esplanade Wing
Tidak selalu dapat pemandangan ini. Ikut kitaran pergerakan bumi. Boleh lepak minum kopi di 989Kopi atau Kopikoi.
Pantai Tanjung Kepah
Pantai ini tumpuan orang mencari siput.
Pekan Lumut
Lumut waterfront sebelah Jeti Lumut.
Marina Island Jetty Complex
Instagrammable place. Must visit untuk bergambar.
Rockbund fishing chalet.
Pemandangan indah. Ada chalet terutama untuk kaki pancing.
Di hadapan Lumut Nursing College atau hospital lama Lumut.
Tempat santai petang sambil. Ada gerai makan dan minum.