Site logo
Description

[Ditutup sementara untuk penyelenggaraan]

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu yang terletak di Pasir Panjang, Segari.
Turtle Conservation & Information Center.

Pernah anak anak lihat penyu semasa bercuti dan snorkel di Pulau di Terengganu tapi kali ni lagi puas lihat penyu depan mata.

Apa yang menarik adalah di sini ada pusat penerangan penyu yang menceritakan pelbagai fakta menarik tentang penyu, ada kolam yang khusus untuk asuhan anak anak penyu dan terdapat 3 lagi kolam untuk spesis penyu yang berlainan.

Penyu paling besar di dalam kolam adalah jenis Green Sea Turtle yang berukuran 32cm lebar dan 33cm panjang dan berusia 22 tahun. Selain itu ada juga penyu jenis Karah atau Hawksbill Sea Turtle yang berusia 18 tahun.

Anda boleh datang melawat dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Isnin ditutup untuk lawatan.

Tiada bayaran dikenakan tetapi anda boleh berbelanja di kiosk yang disediakan dan anda berpeluang untuk membeli ikan untuk diberi makan kepada penyu.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan pantai yang paling panjang di dalam daerah Manjung. Lagi cerita tentang Pantai Pasir Panjang.

#penyu #pasirpanjang #lumut #segari #manjung

Location
Region
Closed
Closed today Toggle weekly schedule
  • Monday

    Closed

  • Tuesday

    Closed

  • Wednesday

    Closed

  • Thursday

    Closed

  • Friday

    Closed

  • Saturday

    Closed

  • Sunday

    Closed

  • April 29, 2025 12:45 pm local time

  • No comments yet.
  • Add a review