Description
Tidak jauh dari Pusat bandar Seri Manjung, lebih kurang 7 minit, anda boleh menginap di Penchalang Resort (Harley Village) yang terletak di Kampung Telok Penchalang.
Resort Penchalang menyediakan 22 unit yang setiap bilik boleh memuatkan 2 hingga 6 orang sebilik yang lengkap dengan kemudahan berikut:
- Bilik berhawa dingin
- Kolam mandi
- Dewan terbuka untuk acara
- Ruang aktiviti dan makan
- Dapur terbuka
- BBQ area
- ATV untuk aktiviti
- Dewan serbaguna tertutup (aircond)
- Mini zoo
Penchalang Resort sangat sesuai jika anda merancang untuk mengadakan team building, family gathering, aktiviti sekolah dan juga sesuai untuk diadakan majlis seperti majlis perkahwinan.
Selain itu, jika anda mempunyai urusan keluarga di Hospital Manjung, urusan kerja atau ingin melawat anak yang belajar di IKM Lumut atau KV Manjung, resort ini adalah yang paling hampir dengan Hospital, KV dan juga IKM.
Harga bilik adalah serendah RM160.
Harga bilik seperti berikut:
- RM160 - 2 single bed
- RM180 - 1 King bed & 1 single bed
- RM180 - 3 single bed
- RM200 - 2 queen bed
- RM330 - Family 2 queen bed & double decker
Check-In : 2PM
Check-Out : 12PM
Penchalang resort juga mengalu-alukan jika anda ingin membawa ahli keluarga untuk picnic dan mandi-manda di kolam. Bayaran hanya RM5 seorang untuk kanak-kanak dan RM7 untuk dewasa.
Untuk tempahan, anda boleh datang terus ke resort, whatsapp 0143880131 atau tempahan terus di Agoda.
Resort ini jugau berhampiran dengan tempat makan yang menarik seperti Aroma Village, Warung Abg Mad Roti Canai, Warung Nelayan Kg Permatang dan Warung Mak Jah D'Muara.
Lokasi
https://maps.app.goo.gl/7toQP8fnJeQBHHb18
Details
-
Rooms22
Add a comment