Site logo
Description

Jika nak cari peralatan komputer, tak perlu pergi banyak kedai. Dekat Parade Computer semua ada. Boleh kata 99% barang yang kita cari tu ada.
.
Anda nak cari laptop? Kat sini ada pelbagai brand. Nak spec apa semua ada. Jika nak cari yang second hand pun ada. Saya boleh cakap lebih baik dari kedai yang jual refurbished laptop. Jika abang kakak yang anak nak masuk Uni tu, boleh datang sini.
.
Lagi nak cari apa? Monitor ada, keyboard dan mouse yang pelbagai dan menarik terutama gamers. Cable pun macam macam cable ada. Printer, router, laptop cooler fan, dan bag laptop pun ada.
.
Selain dari portable hard disk, pen drive, di Parade Computer juga masih jual CD Disc. Masih ada yang guna. Parade Computer ni dah lama, kadang masih ada lagi stock lama jika ada yang cari.
.
Atau anda juga ingin mencari sound system, speaker dan headset, boleh juga cari disini.
.
Jika anda ke Parade Computer ni ada banner tulis 'Anda beli Kami Bayar'. Saya pun tanya, betul ke macam tu.. Oh rupanya mereka adakan lucky draw, jika anda beli laptop 5 ribu, dan jika anda lucky, mereka akan bayar barang yang anda beli tu.
.
Ok, jadi sesiapa yang mencari barang komputer dan aksesori boleh datang ke Parade Computer ni yang terletak di Taman Samudera. Kedai ni terletak bersebelahan Bank Muamalat.
.
PC Parade Computer buka setiap hari.
Isnin hingga Sabtu dari 9.30pg hingga 7ptg. Ahad 9.30pg hingga 5 ptg.
.
2420, Taman Samudera, Seri Manjung.

https://waze.com/ul/hw0xxfsf41
#paradecomputer #paradecomputerserimanjung
#kedaikomputer
#kedaikomputerserimanjung

Location
  • Parade Computer Manjung ( Taman Samudera, Seri Manjung, Perak )

Open
Open hours today: 9:30 am - 7:00 pm Toggle weekly schedule
  • Monday

    9:30 am - 7:00 pm

  • Tuesday

    9:30 am - 7:00 pm

  • Wednesday

    9:30 am - 7:00 pm

  • Thursday

    9:30 am - 7:00 pm

  • Friday

    9:30 am - 7:00 pm

  • Saturday

    9:30 am - 7:00 pm

  • Sunday

    9:30 am - 5:00 pm

  • April 29, 2025 11:45 am local time

Categories