Description
Dipanggil Masjid Terapung dan juga Masjid 1000 Selawat atau nama rasminya adalah Masjid Al-Badr kini menjadi ikon baru di Pulau Pangkor.
Masjid ini terletak di Teluk Baharu (Teluk Gedung), kini menjadi tumpuan para pengunjung dan lokasi wajib ketika anda berkunjung ke pulau ini.
Masjid yang menghimpunkan pelbagai selawat kepada baginda SAW ini boleh menampung hingga 1,000 jemaah ini mula dibuka pada tahun 2017.
Untuk kesini, anda boleh menyusuri jalan pantai di sebelah kiri selepas keluar dari Jeti Pangkor. Anda akan melalui Batu bersurat dan Kota Belanda dalam perjalanan kesini.
Masjid Al-Badr Seribu Selawat.
Add a review