Site logo
Description

Kami motel terletak di Pantai Teluk Senangin. Segari. Kamila motel bangunan tiga tingkat ini mempunyai 50 bilik penginapan. Cukup untuk anda datang bersama group yang besar dan mengadakan acara di tepi pantai. Dari 50 bilik, ada 2 bilik sahaja yang mempunyai saiz paling besar dengan 1 katil queen dan 1 katil single. Selebihnya bilik dengan 1 katil queen dan dibezakan dengan saiz bilik.
.
Kami kongsikan kelebihan beberapa bilik. Jika anda mahukan bilik dengan view laut yang cantik, cuba dapatkan bilik 301. Bilik tingkat 2 paling atas dan bilik saiz paling besar. Atau, bilik 201 dibawahnya juga mengadap laut. Untuk 2 bilik ini, harganya adalah RM180 semalam.
.
Kemudian, ada 9 bilik di tingkat bawah yang mana untuk setiap bilik ada tempat BBQ dan meja diluar. Boleh buat BBQ diluar bilik aje. Harga bilik pula antara RM120 dan RM150.
.
Kamila Motel terletak kurang 100m dari pantai dan menyediakan ruang parkir yang sangat luas.
.
Kamila Hotel memang sesuai untuk group yang besar kerana mereka mempunyai dewan tertutup, juga dewan terbuka yang luas di atas bumbung (rooftop), ruang BBQ yang luas dan juga cafe.
.
Penginapan di Kamila Motel tanpa breakfast. Namun, anda boleh membuat tempahan atau makan di gerai di hadapan motel.
.
On tak on? boleh la start plan untuk company trip ke, family gathering ke atau konvoi motor.
.
Untuk tempahan bilik, anda boleh whatsapp ke
https://wa.link/beky9a (Pn. Lina)
.
Kamila Motel, Jalan Pantai Teluk Senangin, Teluk Senangin. Lumut.
.
https://waze.com/ul/hw0z888tbw
.
#adaapadimanjung #adaapadimanjungsupportlocal #teluksenangin #teluksenanginchalet
#kamilamotel

Details
  • Rooms
    50
Categories
  • No comments yet.
  • Add a comment

    You May Also Be Interested In